Carillo taruhan TRW



Kota Bharu: Penjaring terbanyak Liga Colombia Erwin Carillo menjadi taruhan utama Kelantan untuk merobek gawang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjelang aksi pembukaan Liga Super 2015 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.
Pemain import terbaru Kelantan yang menggantikan Francis Forkey Doe itu dikatakan mampu melaksanakan tugasan memburu gol itu berdasarkan prestasi selaku penjaring terbanyak The Red Warriors (TRW) dengan empat gol dalam enam perlawanan persahabatan, bulan lalu.
Ketua jurulatih Kelantan George Boateng berkata, pemain itu mula menunjukkan keserasian ketika menjalani latihan bersama pemain lain, selain turut mempunyai aura sebagai peledak.
Katanya, selain Carillo, beliau tetap mengharapkan sentuhan penyerang lain seperti Norfarhan Muhammad dan Immanuel Kamogne atau disapa Pancho selain mengharapkan hantaran Mohd Badhri Radzi serta umpanan menarik Wan Zack Haikal Wan Nor serta Wan Zairulnizam Wan Zakaria atau Kechik.
“Sepanjang persiapan pra-musim, saya agak berpuas hati kerana semua pemain berada di kemuncak prestasi, cergas, bersemangat dan tidak sabar untuk turun beraksi namun agak kecewa kerana Ahmad Fakri (Saarani) tidak boleh beraksi kerana menjalani penggantungan kad merah musim lalu.
“Namun, saya percaya pemain lain mampu menggalas tugas masing-masing dan perlu diingatkan, lawan kami juga bukan calang-calang pasukan untuk dikalahkan,” katanya semalam.
Menurutnya juga, ATM pasukan hebat serta liat ditumbangkan dan beliau sudah merencana sesuatu untuk berdepan The Gladiators.
Ketika ditanya mengenai skuad bimbingan B Sathianathan, Boateng berkata, pertembungan pasukannya dengan ATM boleh disifatkan agak menarik dan diibaratkan ‘buku bertemu ruas’.
Katanya, ATM memiliki barisan pemain berkualiti dan berpengalaman seperti Norshahrul Idlan Talaha dan Hairuddin Omar selain turut diperkuat bekas pemain Kelantan, Obinna Nwaneri dan Syed Adney Syed Hussain.
“Malah, Sathianathan juga antara jurulatih yang bagus di Malaysia kerana memiliki pelbagai strategi, muslihat serta taktikal,” katanya.-sumber

Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan