Bukan menang nasib: Darby



Kota Bharu: Jurulatih Steve Darby menyifatkan kemenangan 2-1 Kelantan ke atas Sime Darby pada aksi pertama Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin bukan nasib.
Sebaliknya ia adalah hasil usaha keras pemain yang tidak kenal erti putus asa.
Menurutnya, kemenangan itu juga satu permulaan yang baik kepada The Red Warriors (TRW) musim ini.
Katanya, meskipun masih bergelut untuk mencari keserasian beliau tetap memuji pemainnya kerana tetap berusaha bermain secara berpasukan sehingga tamat perlawanan.

“Kita memang memburu tiga mata dan kemenangan malam ini satu permulaan baik untuk aksi selepas ini. Ini bukan kemenangan nasib kerana anda sendiri boleh lihat pemain saya bekerja keras untuk mencari jaringan selepas ketinggalan 1-0 pada babak pertama.


“Kita bermain sebagai pasukan profesional dan semestinya mahu tiga mata dan saya berharap pemain akan meningkatkan prestasi selepas kejayaan pertama malam ini (kelmarin),” katanya.

Penyerang Mohamad Ghaddar membuktikan kehebatannya apabila menjaringkan dua gol termasuk satu menerusi sepakan penalti sementara Sime Darby pulang dengan gol tunggal hasil jaringan Mohd Fadzli Saari.


Menurut Darby, di sebalik kemenangan itu, TRW berdepan sedikit masalah apabila pemain tengah import Mohamed Shawky Aly mungkin terpaksa direhatkan kerana mengalami hamstring dan bakal terlepas perlawanan kedua menentang Sarawak di Kuching pada 25 Januari ini.-sumber
Share on Google Plus

About Kraiboys

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan